Connect with us

Isu Semasa

Asbab bela kucing buta,Lelaki dulu hidup susah kini mampu bina rumah dan kemudiannya berkahwin,itu rezeki Allah

Published

on

Meskipun ada sesetengah individu menggeIarkan diri sebagai ‘cat l0vers‘, tapi hakikatnya wujud eIemen pilih kasih apabila mereka hanya utamakan jenis yang c0mel dan berbulu Iebat sahaja. Jarang sekali kita melihat haiwan jaIanan dibela atau dirwat, waIhal kucing yang sering kali dianggap ‘jijik’ juga dambakan kasih sayang.

Walau miskin…tapi pemuda ikhlas k0ngsi rezeki & rawat kucing buta dengan penuh kasih sayang

Kisah se0rang pemuda dari Ind0nesia ini berjaya membuka mata ramai pihak, apabila sudi bela seek0r kucing oren buta dan cacat yang ditemui 2 tahun lepas. Walaupun ketika itu hidupnya susah, namun Supriadi ikhlas berk0ngsi rezeki dan kasih sayang dengan haiwan jalanan yang diberi nama Mboy tersebut. Selepas beberapa siri rwatan, ia yang dahulunya lemah sudah jadi Iebih berisi dan gebu sekarang.

Mboy pembawa rezeki tuannya…penangan kisah viraI, dapat naik taraf hidup & bina rumah sendiri

Bukan setakat beri ketenangan, bahkan kehadiran Mboy turut mengund4ng lebih banyak rezeki kepada leIaki berusia 32 tahun ini. Selepas kisah kucing istimewa ini dapat sambutan meIuas di platf0rm laman s0sial, kedua-duanya terus bergeIar influencer dan banyak twaran kerja masuk. Ia sekali gus mampu menaik taraf kehidupan Supriadi, termasukIah berpeIuang membina rumah sendiri.

Macam mana nak beritahu yang tuanmu sangat bahagia…kalau b0leh, nak sangat Mboy dapat lihat kali ini saja

Baru-baru ini, Supriadi akhirnya menamatkan zaman bujang apabila selamat diijab kabuIkan dengan wanita pilihan yang juga merupakan pencinta kucing sepertinya. Meskipun sudah beristeri, tetapi dia tetap tidak meIupakan kucing kesayangannya sekali gus dibawa ke atas pelamin juga. Walaupun agak mustahil, tetapi lelaki tersebut amat berharap Mboy dapat lihat dirinya sangat bahagia pada hari istimewa itu.

Kredit : IG & TikTok serulingsenja_ / kisahdunia

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Isu Semasa

Umur dah mencecah 50 tahun tapi masih nampak muda, busana rona emas Che Ta jadi perhatian warganet

Published

on

By

Umur dah mencecah 50 tahun tapi masih nampak muda, busana rona emas Che Ta jadi perhatian warganet

Mencecah usia 50 tahun pada Khamis, pelakon Rozita Che Wan diraikan dalam majlis sambutan ulang tahun kelahiran bertemakan rona emas.

Berkongsikan gambar sambutan itu di laman Instagram miliknya, Rozita atau Che Ta kelihatan menawan dengan persalinan rona keemasan dilatari dengan dekorasi belon warna yang sama.

Old is gold. Ready to start a new decade of adventures,” tulis Che Ta di ruangan kapsyen. Meninjau di ruangan komen, rakan selebriti dan peminat Che Ta tidak ketinggalan menitipkan ucapan selamat ulang tahun buat isteri kepada pelakon Zain Saidin itu.

Malah rata-rata memuji penampilan Che Ta yang kelihatan awet muda biarpun usia sudah memasuki 50-an.

Untuk makluman, mereka mendirikan rumah tangga pada Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 9 tahun. Che Ta juga mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy, 26, dan Aniq Ezzra,24. Kredit Media Hibuan.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Sumber: apampink

Continue Reading

Isu Semasa

“Mungkin kerana Kebaikan & Doa Mama, Allah Melindungi Mata Kanan Saya” Fasha Sandha

Published

on

By

“Mungkin kerana Kebaikan & Doa Mama, Allah Melindungi Mata Kanan Saya” Fasha Sandha

Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita pelakon, Fasha Sandha yang mengalami kecederaan di bahagian matanya ketika menjalankan penggembaran pada minggu lalu.

Setelah beberapa hari, akhirnya aktress jelita ini munculkan diri di sosial media, iaitu di laman Instagram dengan mengucapkan kata syukur dan terima kasih kepada ibunya, Hatijah Tehman atas doa-doa yang tidak putus dizahirkan buatnya sepanjang berada dalam kesakitan itu.

“Assalamualaikum. Kali ini menaip menggunakan sebelah mata. Mujur mata kanan masih sihat sempurna. Pertama kali, syukur Alhamdulillah, terima kasih buat Mama. Mungkin kerana kebaikan dan doa-doa mama, Allah melindungi mata kanan saya.

“Juga saya pasti doa daripada suami, anak-anak saya, keluarga, peminat, sahabat, jiran-jiran dan kucing-kucing peliharaan saya. Saya terus kuat.

“Saya tidak pernah rasa tertekan. Tidak mahu menyalahkan sesiapa. Saya anggap Allah ingin saya berehat seketika. Ya, lapan hari yang begitu panjang buat saya” tulisnya.
Malah, Fasha yang sering memegang watak air mata ini mengakui bahawa ini pertama kali dalam hidupnya duduk di wad akibat kecederaan.

“Pertama kali admitted di hospital kerana cedera. Pertama kali menggunakan personal medical card dan personal insurans yang saya ambil sejak tahun 2004.
“Saya tak pernah bermalam di hospital kecuali ketika bersalin. (Itu pun hanya satu malam),” jelasnya di ruangan kapsyen.

Jelas Fasha lagi, dia akur dan reda atas ketentuan yang Maha Berkuasa atas kemalangan yang telah berlaku ini, namun diselubungi rasa bersalah atas tanggungjawab yang terkendala.

“Iya, ‘benda nak jadi’. Apa kita boleh buat.. Kita cuba sehabis baik, kita buat yang terbaik.. tapi kemalangan tetap terjadi. Dalam hati saya hanya fikirkan tanggungjawab yang masih tertangguh.

“Malah pada hari kejadian, saya hanya fikir ingin habiskan tugas. Tapi Fieza, Encik Along Kamaludin dan doktor tidak mengizinkan. Dikala kesakitan, baru kita sedar siapa yang betul-betul sayangkan kita.

“Kepada yang bertanya, keadaan saya ketika ini fizikal luar mata dan bengkak telah beransur pulih. Tulang mata kiri saya patah, ada tisu, muscle dan darah beku.

“Walau begitu, saya tetap bersyukur mata kanan masih sihat sempurna dan banyak lagi nikmat kebaikan yang diberikan pada saya daripada ujian ini.. Saya dah boleh discharge hari ni Alhamdulillah,” tambahnya.

Sebelum ini, Fasha dilaporkan mengalami kecederan di mata kiri sehingga tulang patah ketika menjalankan penggambaran drama TV3 Anak Tuan bersama pelakon gandingan, Azhan Rani.

Sumber : Instagram Fasha Sandha via keluarga

 

Continue Reading

Isu Semasa

“Jah1t Dekat Sini Lagi Sak1t Dari Jah1t Beranak. Sak1t Sangat-Sangat!” – Nurul Shuhada

Published

on

By

“Jah1t Dekat Sini Lagi Sak1t Dari Jah1t Beranak. Sak1t Sangat-Sangat!” – Nurul Shuhada

‘Jahit dekat sini (bahagian pipi) lagi sakit dari jahit beranak. Sakit sangat-sangat. Nasib tak kena di mata.’

Itu luahan yang dirasai isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada selepas ditumbuk sebanyak tiga kali dan perlu menerima 10 jahitan Khamis lalu.

Memetik laporan Melodi, Shuhada ditanya respon Hafidz selepas melihat dirinya sudah berlumuran darah dan adakah sudah membuat permohonan maaf selepas melakukan keganasan rumah tangga?

“Tak boleh nak describe macam mana. Susah nak cakap. Kita tak tahu keikhlasan orang. Hanya Allah yang tahu.” katanya.

Shuhada juga menjawab soalan sama ada pernah kena lagi teruk selain daripada kejadian ditumbuk.

“Rasanya dia lagi tahu. Saya tak nak komen sangat, benda dah lepas. Saya harap perkara ini boleh dijadikan iktibar untuk semua. Kalau pun pernah terjadi, saya serahkan kepada pihak polis untuk selesaikan.” katanya.

Ibu kepada dua cahaya mata ini menyatakan dia sudah menyerahkan segala bukti kepada pihak polis dan menegaskan kepada pihak ketiga untuk tidak berasa takut sekiranya bukan menjadi punca berlaku pergaduhan.

“Saya sudah serah segala bukti-bukti kepada pihak polis untuk jalankan siasatan. Kalau betul pihak ketiga tidak bersalah, dia tidak perlu takut. Saya memang di pihak yang benar.

“Saya sudah tujuh tahun berkahwin dengan Hafidz. Saya tahu perangai dan nak handle dia. Daripada pengalaman-pengalaman lepas, apa yang berlaku, kalau saya mengeluarkan kata-kata provokasi kepada dia, memang saya bodoh untuk dapatkan luka macam ini.

“Orang luar di sana, korang tak kenal saya macam mana. Saya dan Hafidz masih bercakap baik. Saya juga tidak akan menjatuhkan maruah untuk pergi tarik rambut orang ketiga. Nak kata saya sengaja menyebarkan aib, selama ini pun saya tak ada media sosial.” tambahnya

Selain itu, Shuhada menekankan dia tidak akan memburukkan pemilik nama Muhammad Hafidz Roshdi kepada anak-anak kerana mereka memerlukan kasih sayang dari seorang ayah.

Dalam pada itu, anak kelahiran Perlis ini turut menitipkan ucapan sekiranya ditakdirkan Hafidz berkahwin dengan ‘penyondol’ iaitu Athira Yuhada.

“Kalau betul Hafidz dan Athira berkahwin, saya mengucapkan selamat pengantin baharu.
“Hidup la dengan tenang dan bahagia dirahmati Allah. Semoga perkahwinan anda berdua kekal hingga ke jannah.” jelasnya.

Pada Khamis lalu, Shuhada mendakwa Hafidz telah menumbuk sebanyak tiga kali di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh.

Gara-gara perbuatan itu, Shuhada menerima 10 jahitan di bahagian pipi kiri dan menyebabkan cacat kekal.

Sebelum ini, Hafidz berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangga menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan curang.

Pada 23 Februari lalu, Hafidz kemudian menceraikan Shuhada dengan talak satu sambil bersaksikan ahli keluarga.

Sumber: Youtube TV3MALAYSIA Official via .keluarga

Continue Reading

Trending