Connect with us

Keluarga

Bawa Balik Hadiah, Ayah Tersenyum Lega Tengok Anak Meloncat Gembira, “Hilang Penat Kerja 12 Jam”

Published

on

Ayah adalah hero pertama bagi anak-anaknya. Mereka digelar sebagai wira keluarga disebabkan kesanggupan mereka untuk berkorban apa sahaja asalkan anak dan isteri sentiasa bahagia.

Antara nikmat menjadi seorang ayah apabila kepulangannya dari tempat kerja disambut senyum tawa anak-anak di muka pintu rumah. Orang kata, semua penat lelah hilang serta merta apabila melihat anak-anak menerpa girang ke arahnya.

Begitu jugalah kisah yang mahu kami kongsikan dengan anda kali ini yang diambil daripada sebuah video yang dimuat naik di Tiktok baru-baru ini.

Menerusi video milik seorang pengguna TikTok, Nurul Ain Jidan (@nurulainjidan), dia berkongsi kisah bagaimana usaha yang ditunjukkan suaminya untuk menggembirakan anak-anak mereka apabila pulang dari kerja.

Difahamkan, suami Ain telah membeli mainan-mainan untuk dihadiahkan kepada buah hati penyeri hidup mereka berdua itu.

Menerusi kapsyen yang terdapat dalam video tersebut, Ain berkata suaminya tidak pernah melupai anak-anaknya di rumah walaupun penat bekerja selama 12 jam setiap hari. Walaupun keletihan kerana terpaksa menempuh jarak kira-kira 40 kilometer antara rumah dengan tempat kerja, si ayah tetap sempat meluangkan masa untuk mencari mainan-mainan tersebut.

Namun begitu, apa yang membuatkan netizen terharu apabila mengetahui si ayah memegang hadiah tersebut dan menunggang motorsikal dengan sebelah tangan di sepanjang jalan menuju ke rumah. Ini kerana, mainan-mainan itu diisi di dalam kotak yang besar dan tidak muat untuk disimpan sama ada di dalam raga mahupun di kotak simpanan motorsikal.

Mengambil kira jarak perjalanan yang dianggap jauh untuk seorang penunggang yang berulang-alik setiap hari, sudah pasti sang suami merasa lenguh di tangannya. Apatah lagi, ketika itu dia baharu sahaja menamatkan jam bekerja yang menyamai separuh hari.

Ketika tiba di pintu rumah pada waktu malam, anak-anak kepada pasangan suami isteri itu begitu teruja apabila melihat kotak mainan yang dibawa oleh ayah mereka.

Detik-detik itu memang tidak dapat digambarkan dan jauh sekali untuk diungkapkan dengan kata-kata. Kegembiraan yang ditunjukkan oleh adik-beradik ini jelas kelihatan apabila mereka segera membuka kotak hadiah tersebut betul-betul di hadapan pintu rumah.

Menurut Ain, rasa penat kerja 12 jam yang ditanggung suaminya hilang begitu sahaja selepas melihat reaksi gembira daripada anak-anak.

“Tapi bila tengok anak-anak happy macam ni, mesti abang tak rasa letih, penat tu kan…?,” kata Ain.

Ain turut mengakui bahawa suaminya merupakan seorang ayah dan ketua yang selalu mendahulukan keluarganya dalam setiap perkara.

Wanita itu seterusnya turut berkongsi keletah anak-anaknya menampal lubang-lubang pada seluar yang dipakai suaminya dengan pelekat.

”Anak-anak tampal seluar papa dia yang berlubang. Selalu ketepikan kehendak sendiri,” kata Ain lagi.

Menerusi kisah ini, selain daripada kekuatan nilai kasih sayang seorang bapa atau ibu kepada anak-anak, pelajaran yang kita dapat kutip adalah setiap ahli keluarga mempunyai peranan dalam melengkapi hidup antara satu sama dan menjadikan institusi kekeluargaan yang dibina menjadi sempurna, walaupun hidup sederhana.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Keluarga

Kumpul aset untuk keluarga, Black siapkan sendiri villa di Langkawi

Published

on

By

Dalam diam-diam, penyanyi Black Hanifah berjaya menyiapkan villa impiannya yang terletak di Pulau Langkawi dalam tempoh tiga bulan selepas tercetusnya idea berkenaan pada Oktober lalu.

Menurut laporan Utusan Online, penyanyi berusia 35 tahun itu membuat pelbagai kajian sebelum memulakan projek tersebut yang dibina sendiri bersama empat tukang rumah dari Kuala Lumpur.

“Idea tercetus tahun lalu selepas kita memasuki fasa peralihan ke endemik. Saya memang ada perniagaan rumah sewa di sini (Langkawi), jadi terfikir pula hendak menambah aset dan mengembangkan lagi pendapatan.
“Itu yang timbul idea untuk bina villa pula, tetapi boleh diinap oleh pelancong yang berkunjung ke sini.
“Saya bina villa ini bersama mereka, berulang-alik dari Kuala Lumpur memandu sendiri kereta membawa barang binaan. Apa yang boleh dikatakan, saya puas dengan hasilnya hari ini,” katanya.

Black berkata, villa Rindu D’Villa Langkawi itu sudah mula dibuka tempahan untuk Mac ini yang dijami mengikut harga pasaran semasa pulau peranginan terbabit.

“”nsya-Allah, harga mampu inap dan ikut pasaran di sini. Apa yang menjadi keutamaan saya ialah keselesaan pengunjung kami nanti.
“Villa ini ada empat bilik tidur yang dilengkapi dengan bilik air, ruang tamu, dapur dan kolam mandi peribadi serta boleh memuatkan sehingga 10 tetamu,” ujarnya.

Malah, penyanyi lagu Hanyut itu turut mempunyai perancangan bagi menambah villa di sekitar lokasi sama sebagai pelaburan dan aset untuk masa depan isteri dan anak-anaknya.

“Punca pendapatan utama saya masih lagi menyanyi dan syukur terus relevan sehingga kini. Bagaimanapun, saya terfikir sekarang kena siap sedia kumpul aset untuk jaminan jangka masa panjang.
“Villa itu saya namakan sempena nama anak. Saya bercita-cita selepas ini akan bina projek perhotelan pula di Langkawi,” kongsinya lagi.

Difahamkan, villa di Kampung Bukit Lembu, Kedawang itu menggunakan konsep lantai ‘glow in the dark’ yang merupakan pertama di Asia selepas dicadangkan seorang rakan pembekal barangan.

Sumber: Utusan Online (Raisya Hannah Mohd Roshdi), Instagram Black Hanifah

Continue Reading

Keluarga

“Mak Adalah Segala-Galanya Buat Saya” – Tolak Tepi Pasal Jodoh, Nekad Nak Berbakti Dulu Pada Ibu.

Published

on

By

Menerusi satu temu bual baru-baru ini, Pelakon Rahsia Hati Perempuan itu berkongsi luahan dalam menjaga wanita pengarang jantungnya. Kata empunya diri, beliau rela tidak kahwin demi menjaga ibu. Kalau buat bisnes saya boleh bekerja dari rumah, tetapi kalau saya shooting tiada masa untuk menjaga ibu.

Mak adalah segala-galanya buat saya. Hubungan kami cukup rapat sejak saya kecil lagi. Sekarang saya bawa mak ke mana sahaja saya pergi. Kalau saya pernah duduk di hotel mahal, saya rasa menyesal kalau tidak bagi mak merasai situasi tersebut. Mak yang jadikan saya begini (berjaya) sekarang,” ungkap Fikry lagi. Mengulas mengenai jodoh dan perkahwinan, empunya diri tidak menafikan keinginan berkahwin tetap ada.

Mak memang suka duduk dengan saya, kalau shooting lama ada pak cik yang menjaga mak. Pun begitu, sedikit huru-hara. Justeru, saya fikir kalau dulu mak boleh jaga saya, takkan sekarang saya tak boleh berbuat demikian (tidak berkahwin) untuknya,” ujarnya lagi sambil memberitahu ibunya sudah dua tahun mengalami minor strok. Sumber Sinar Plus.

Mengimbas momen sewaktu kecil, akui Fikry, ibunya dulu rajin membawanya keluar. Biarpun mereka tidak memiliki kenderaan sendiri, sebaliknya hanya menaiki bas, namun Bibi Zaleha tetap mahu membawa anaknya itu berjalan-jalan . Sekarang ibu s4kit, giliran saya pula menjaga dan membawanya berjalan-jalan untuk gembirakan hatinya.

Saya gembira dan mahu kahwin dengan calon yang boleh gembirakan ibu. Mudah dan tidak pening. Sebab itu, soal kahwin saya letakkan di nombor lapan. Malah, saya juga tidak mahu apabila kahwin kelak, perhatian pada isteri terkurang kerana saya jaga mak. Bukan semua orang mampu terima situasi tersebut.

Mak adalah segala-galanya.’ Ketepikan soal kahwin demi ibu, luahan Fikry Ibrahim undang sebak. Memuliakan dan membahagiakan insan tersayang lebih-lebih lagi orang yang berkorban nyawa mengandung dan melahirkan kita tinggi pahalanya. Demikian yang dilakukan pelakon, Fikry Ibrahim yang sanggup berbakti kepada ibunya, Bibi Zaleha.

Beliau sebelum itu sering berkongsi gambar dan video membuatkan ramai yang terharu dan kagum akan cara beliau dalam melayani ibu tersayang. Malah, Fikry juga kerap kali pulang ke kampungnya yang terletak di Jitra, Kedah dan adakalanya sanggup menunda semua komitmen kerja.

Pada masa sama, saya tidak mahu bakal isteri saya kelak rasa diri ‘hamba’ kepada saya. Sebab itu saya korbankan hal kahwin untuk menjaga ibu terlebih dahulu,” ujar bekas hos program Dewi Remaja itu lagi.

Sumber:celevillage

Continue Reading

Keluarga

“tiada rezeki” – Nurul Izzah sedih keguguran anak ke-4,semoga terus tabah dan sabar,Allah ada ‘plan’ lebih baik nanti

Published

on

By

Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berk0ngsi berita se.dih berhubung pemrgian bayi di dalam kandungannya kepada umum.

Khabar se.dih itu diumumkan oleh Nurul Izzah yang juga anak sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menerusi laman Instagram.

Daiam hantaran tersebut, Nurul Izzah turut berk0ngsi gambarnya memeIuk ibu dan bapanya dengan mengatakan mungkin itu kali pertama mereka berpeIukan.

“Sejak 19 N0vember 2022, mungkin inilah kali pertama kami berpeIukan. Terlalu banyak yang telah kami lalui bersama.

“Selesai berkempen, semp4t pula menjngkiti C0vld-19 buat kali kedua, mendapat berita kami mengandung anak keempat,”tulisnya.

Meskipun Nurul Izzah sedih dengan pemrgian bayi dalam kandungannya, beliau tetap memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT dengan rezeki yang diberikan walaupun bersifat sementara.

“Saya terfikir tentang semua wanita yang melalui epis0d serta pengaIaman yang sama, walau jaIur individunya berbeza.

“Ungkapan mensyukuri nikmat, kata-kata indah untuk Yang Maha Esa diucapkan walau mengaIir air mata kerana kita hanyalah insan kerdil.

“Insan yang Iemah dengan perasaan, hati, mem0ri dan pengalaman,”luahnya.

Dalam pada itu, beliau mend0akan semua orang yang berada di luar sana yang pernah merasai kehiIangan supaya kekal tabah dan kuat.

Katanya lagi, pr0ses penyembuhan merupakan suatu perjalanan dan sekiranya memerlukan sedikit masa untuk bernfas, jadi lakukan sahaja sebelum masuk ke bab seterusnya dalam kehidupan baharu.

Terdahulu, media melap0rkan Nurul Izzah melangsungkan pernikahan dengan se0rang penyelidik Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong yang diadakan secara sederhana.

Salam takziah, m0ga terus kuat

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet yang turut bersimpati dengan nasib menimpa Nurul Izzah dan suami atas kehilangan bayi dalam kandungan.

Sumber: Instagram @n_izzah / borakdaily

Continue Reading

Trending