Connect with us

Isu Semasa

Ibu tak kongsi foto anak bermata unik baru lahir, ramai minta nak tengok! Dah tunjuk, bayi disamakan alien, jadi bahan lawak

Published

on

Wajah Akhtar disamakan dengan makhluk asing oleh kenalan ibunya.

HATI ibu mana yang boleh terima apabila anaknya diherdik.

Itulah yang dirasai Siti Alicesha Zulku, 28, yang meluahkan rasa kurang senang apabila anaknya disamakan dengan makhluk asing.

Ketika dihubungi mStar, dia yang senang disapa Alice menceritakan mengenai keadaan mata anaknya, Muhammad Hud Akhtar Mohd Sukri yang dilahirkan pada 23 September 2022 di Hospital Besar Melaka.

“Saya lahirkan Akhtar secara normal saja. Masa mula-mula tu saya tak perasan apa-apa pada mata anak saya sebab dia banyak tidur waktu ‘bonding’.

“Bila kami dah ditempatkan di wad, ketika menyalin pakaiannya baru saya perasan keadaan matanya. Walaupun terkejut tapi saya cuma anggap ia normal bagi seorang bayi,” katanya.

Bagaimanapun menurut ibu kepada empat cahaya mata ini, situasi berubah apabila seorang doktor menegur tentang mata anaknya ketika membuat pemeriksaan.

Menurutnya yang menetap di Jasin, Melaka, iris mata anaknya lebih besar sehingga mata hitam kelihatan hampir melitupi seluruh mata.

Doktor kemudian meminta Akhtar ditahan di wad memandangkan bayi itu juga menghidapi jaundis (warna kekuningan yang kelihatan pada kulit) ketika itu.

“Doktor yang perasan lepas tengok mata anak saya. Dia ada bertanya pada saya kalau-kalau ada adik beradik lain yang matanya sama macam tu tapi tak ada pun.

“Dia (doktor) beritahu saya yang dia belum pernah tengok lagi bayi dengan mata sebesar ni. Lepas anak saya dibenarkan pulang, saya tanya dekat nurse bertugas mengenai keadaan mata anak.

“Mereka pun tak boleh jawab. Kebetulan doktor tak ada masa saya keluar wad. Jadi saya pun belum pasti mengenai keadaan mata anak sebenarnya. Lepas habis cuti perayaan Tahun Baharu Cina nanti barulah kami tahu keadaan sebenarnya,” ujarnya.

Alice dan suaminya.

Menurut Alice yang bekerja di sebuah kilang kaca, dia sudah membuat temujanji untuk berjumpa pakar mata di Melaka pada 25 Mac 2023.

Dalam kegembiraannya berkongsi gambar ahli baharu dalam keluarga, dia menerima satu mesej yang menyentap jiwa seorang ibu, daripada seseorang yang menegur mengenai mata anaknya.

Alice berkata, seorang kenalannya menyamakan Akhtar dengan makhluk asing (alien) watak ‘Jadoo’ dalam sebuah filem Bollywood bertajuk Koi Mil Gaya disebabkan bahagian mata hitam anaknya kelihatan besar.

“Sebagai ibu bapa yang teruja menyambut anak keempat kami dalam keluarga, maka banyaklah gambar Akhtar kami ambil. Tapi kami tak tunjuk dekat semua orang.

Kalau dia kata sekali mungkin kita mampu terima, bila dah berkali-kali sampai dijadikan bahan lawak dan perbandingan sumpah saya memang tak boleh terima.

SITI ALICESHA

“Tapi atas desakan rakan-rakan… saya pun kongsikan beberapa keping gambar Akhtar tapi cuma pada kenalan saja. Dari situlah ada yang samakan anak kami macam alien dengan tunjuk gambar Jadoo dalam cerita tu depan-depan muka saya.

“Perasaan saya mestilah sedih, hiba, sakit, walaupun luaran saya mampu tersenyum lagi masa tu. Kalau dia kata sekali mungkin kita mampu terima, bila dah berkali-kali sampai dijadikan bahan lawak dan perbandingan sumpah saya memang tak boleh terima,” luah Alice.

Terkesan dengan kata-kata itu, Alice membuat satu hantaran TikTok memuji mata anaknya yang disifatkan cantik pada pandangan seorang ibu.

Video tersebut menjadi tular sehingga meraih lebih 1.4 juta jumlah tontonan serta dibanjiri dengan pujian oleh netizen.

Keadaan mata Akhtar ketika baru dilahirkan.

Dalam pada itu, Alice turut menitipkan pesanan serta harapan meminta agar netizen mendoakan kesejahteraan Akhtar.

“Saya dan suami akan tunggu penilaian pakar mata menilai keadaan anak kami dulu. Lebih-lebih lagi bila ramai berikan komen di TikTok yang kaitkan penyakit Sindrom Axenfeld Rieger pada anak kami.

“Walau apa pun penyakit Akhtar hidapi, saya cuma minta doa dari anda semua semoga anak saya sihat dan normal macam anak-anak lain,” ujarnya menutup kisah.

Sumber : mstar

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Isu Semasa

Asbab bela kucing buta,Lelaki dulu hidup susah kini mampu bina rumah dan kemudiannya berkahwin,itu rezeki Allah

Published

on

By

Meskipun ada sesetengah individu menggeIarkan diri sebagai ‘cat l0vers‘, tapi hakikatnya wujud eIemen pilih kasih apabila mereka hanya utamakan jenis yang c0mel dan berbulu Iebat sahaja. Jarang sekali kita melihat haiwan jaIanan dibela atau dirwat, waIhal kucing yang sering kali dianggap ‘jijik’ juga dambakan kasih sayang.

Walau miskin…tapi pemuda ikhlas k0ngsi rezeki & rawat kucing buta dengan penuh kasih sayang

Kisah se0rang pemuda dari Ind0nesia ini berjaya membuka mata ramai pihak, apabila sudi bela seek0r kucing oren buta dan cacat yang ditemui 2 tahun lepas. Walaupun ketika itu hidupnya susah, namun Supriadi ikhlas berk0ngsi rezeki dan kasih sayang dengan haiwan jalanan yang diberi nama Mboy tersebut. Selepas beberapa siri rwatan, ia yang dahulunya lemah sudah jadi Iebih berisi dan gebu sekarang.

Mboy pembawa rezeki tuannya…penangan kisah viraI, dapat naik taraf hidup & bina rumah sendiri

Bukan setakat beri ketenangan, bahkan kehadiran Mboy turut mengund4ng lebih banyak rezeki kepada leIaki berusia 32 tahun ini. Selepas kisah kucing istimewa ini dapat sambutan meIuas di platf0rm laman s0sial, kedua-duanya terus bergeIar influencer dan banyak twaran kerja masuk. Ia sekali gus mampu menaik taraf kehidupan Supriadi, termasukIah berpeIuang membina rumah sendiri.

Macam mana nak beritahu yang tuanmu sangat bahagia…kalau b0leh, nak sangat Mboy dapat lihat kali ini saja

Baru-baru ini, Supriadi akhirnya menamatkan zaman bujang apabila selamat diijab kabuIkan dengan wanita pilihan yang juga merupakan pencinta kucing sepertinya. Meskipun sudah beristeri, tetapi dia tetap tidak meIupakan kucing kesayangannya sekali gus dibawa ke atas pelamin juga. Walaupun agak mustahil, tetapi lelaki tersebut amat berharap Mboy dapat lihat dirinya sangat bahagia pada hari istimewa itu.

Kredit : IG & TikTok serulingsenja_ / kisahdunia

Continue Reading

Isu Semasa

Bekas isteri kata nafkah tak cukup? Pihak SM Faisal dedah bukti bayar yuran sekolah anak-anak

Published

on

By

Kecoh di media sosial semalam apabila bekas isteri kepada Datuk SM Faisal SM Nasimuddin iaitu Emilia Hanafi mendakwa wang nafkah RM6,000 sebulan diberikan ahli perniagaan itu tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan anak-anak.

Terbaru, pihak SM Faisal tampil menjelaskan secara terperinci menyatakan bahawa RM6,000 itu hanya untuk perbelanjaan tiga orang anak pasangan tersebut, tidak membabitkan soal yuran persekolahan seperti tuduhan segelintir netizen.

Akaun Instagram bernama Friends Of Faisal memuat naik beberapa resit bayaran yuran persekolahan bagi membuktikan bahawa SM Faisal tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.

Difahamkan, SM Faisal tidak culas dalam menanggung tiga orang anak lelakinya yang mendapat pendidikan di sebuah sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur termasuk menyelesaikan yuran di sekolah lama mereka.

“Sebaik sahaja media laporkan kenyataan Emilia Hanafi di Mahkamah Majistret tentang nafkah anak-anak berjumlah RM6,000 sebulan tidak mencukupi (sehingga dia terpaksa jual kerepek)…

“…ramai netizen yang melontarkan komen tidak berasas bahawa nafkah RM6,000 sebulan itu adalah termasuk yuran-yuran persekolahan anak-anak di Sekolah Antarabangsa Taylor’s.

“Faktanya RM2,000 sebulan untuk setiap anak (RM6,000 untuk ketiga-tiga anak) adalah untuk perbelanjaan mereka sahaja. Yuran-yuran persekolahan mereka di Sekolah Antarabangsa Taylor’s turut dibayar oleh ayah mereka.

“Sebelum mereka berpindah ke sekolah tersebut, yuran-yuran sekolah untuk Gardens International School turut dibayar oleh bapa mereka, walaupun pada ketika itu Emila tidak menghantar anak-anak ke sekolah,” tulis posting tersebut.

Semalam, Emilia yang hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur mendakwa dia terpaksa menjual kerepek, roti jala, pulut kuning, rendang daging serta pelbagai lagi makanan bagi menyara anak-anak yang berusia 10, 12 dan 17 tahun.

Untuk rekod, SM Faisal didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas bekas isterinya di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas di Brickfields pada 22 November 2015.

Sumber: Instagram Friends Of Faisal, BH Online (Faris Fuad)

Continue Reading

Isu Semasa

Warga Emas Terlantar Tak Boleh Jalan, Doktor Sanggup Naik Sampai Rumah Demi Beri Rawatan

Published

on

By

Sekumpulan doktor sukarelawan telah membuat lawatan ke rumah seorang warga emas yang terlantar akibat masalah kesihatan di salah satu PPR di Kuala Lumpur.

Dalam video dikongsikan MAPIM itu, kelihatan seorang doktor memeriksa seorang wanita warga emas yang terlantar di atas katil dipercayai menghadapi masalah pergerakan. Difahamkan, warga emas tersebut turut mempunyai masalah penglihatan dengan sebelah mata tidak dapat melihat sepenuhnya.

“Sebelah mata saya yang boleh digunakan. Saya tak mahu buat pembedahan. Biar saya guna sebelah mata saya yang mampu berfungsi dalam 30 peratus,” ujar wanita berkenaan.

Kumpulan doktor tersebut merupakan sukarelawan dalam program Klinik Bergerak anjuran Majlis Perundangan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Rawatan dari rumah ke rumah diberikan buat pesakit yang mempunyai masalah mobiliti seperti golongan warga emas dan kelainan upaya.

Sejak 2021, program Klinik Bergerak itu telah banyak membantu golongan memerlukan di sekitar Wilayah Persekutuan. Klinik yang beroperasi tiga hari seminggu itu akan menyasarkan kawasan perumahan dengan kepadatan penduduk yang tinggi di samping menghulurkan bantuan kepada kawasan terjejas banjir secara percuma.

Perkhidmatan secara percuma ini telah menyantuni lebih ratusan pesakit sejak dilancarkan. Klinik bergerak menggunakan bas dua tingkat itu juga akan hadir bagi memberi rawatan susulan kepada para pesakit yang pernah dirawat sebelumnya.

Menurut salah seorang pesakit, Hassan bin Abdul Karim, 60, beliau sangat berpuas hati dengan layanan dan khidmat yang diberikan oleh pegawai kesihatan serta sukarelawan MAPIM yang banyak membantu bagi melancarkan program Mobile Clinic MAIWP-MAPIM ini. Seorang lagi pesakit yang disantuni meluahkan rasa kesyukuran dan berharap agar usaha itu diteruskan.

“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Mobile Clinic MAIWP-MAPIM kerana sekali lagi datang bagi memberi rawatan di sini. Saya berharap agar Mobile Clinic MAIWP-MAPIM akan terus berkhidmat untuk orang ramai pada masa akan datang,” ujar Ramzi Yusuf, 40.

Menurut MAPIM, program ini akan diteruskan bagi memberikan khidmat kesihatan secara percuma buat mereka yang memerlukan. Malah, jika ada keluarga atau individu yang memerlukan rawatan, anda boleh menghubungi MAPIM di talian hotline 1300-888-038 atau WhatsApp 0128002016.

“MAPIM Malaysia dengan rendah hati menjemput sahabat budiman yang dermawan untuk sama menjayakan agenda peduli ummah 365 hari MAPIM Malaysia dengan misi bantuan dan jelajah khidmat untuk dalam negara. Sumbangan anda mengukir senyuman saudara yang memerlukan dan ringankan beban.

Sumber : siakapkeli

Continue Reading

Trending