Connect with us

Keluarga

Kumpul aset untuk keluarga, Black siapkan sendiri villa di Langkawi

Published

on

Dalam diam-diam, penyanyi Black Hanifah berjaya menyiapkan villa impiannya yang terletak di Pulau Langkawi dalam tempoh tiga bulan selepas tercetusnya idea berkenaan pada Oktober lalu.

Menurut laporan Utusan Online, penyanyi berusia 35 tahun itu membuat pelbagai kajian sebelum memulakan projek tersebut yang dibina sendiri bersama empat tukang rumah dari Kuala Lumpur.

“Idea tercetus tahun lalu selepas kita memasuki fasa peralihan ke endemik. Saya memang ada perniagaan rumah sewa di sini (Langkawi), jadi terfikir pula hendak menambah aset dan mengembangkan lagi pendapatan.
“Itu yang timbul idea untuk bina villa pula, tetapi boleh diinap oleh pelancong yang berkunjung ke sini.
“Saya bina villa ini bersama mereka, berulang-alik dari Kuala Lumpur memandu sendiri kereta membawa barang binaan. Apa yang boleh dikatakan, saya puas dengan hasilnya hari ini,” katanya.

Black berkata, villa Rindu D’Villa Langkawi itu sudah mula dibuka tempahan untuk Mac ini yang dijami mengikut harga pasaran semasa pulau peranginan terbabit.

“”nsya-Allah, harga mampu inap dan ikut pasaran di sini. Apa yang menjadi keutamaan saya ialah keselesaan pengunjung kami nanti.
“Villa ini ada empat bilik tidur yang dilengkapi dengan bilik air, ruang tamu, dapur dan kolam mandi peribadi serta boleh memuatkan sehingga 10 tetamu,” ujarnya.

Malah, penyanyi lagu Hanyut itu turut mempunyai perancangan bagi menambah villa di sekitar lokasi sama sebagai pelaburan dan aset untuk masa depan isteri dan anak-anaknya.

“Punca pendapatan utama saya masih lagi menyanyi dan syukur terus relevan sehingga kini. Bagaimanapun, saya terfikir sekarang kena siap sedia kumpul aset untuk jaminan jangka masa panjang.
“Villa itu saya namakan sempena nama anak. Saya bercita-cita selepas ini akan bina projek perhotelan pula di Langkawi,” kongsinya lagi.

Difahamkan, villa di Kampung Bukit Lembu, Kedawang itu menggunakan konsep lantai ‘glow in the dark’ yang merupakan pertama di Asia selepas dicadangkan seorang rakan pembekal barangan.

Sumber: Utusan Online (Raisya Hannah Mohd Roshdi), Instagram Black Hanifah

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Keluarga

Hanya Mampu Belikan Plastik Sebagai Mainan. Ayah Ini Bersyukur Anak Tetap Gembira

Published

on

By

Hanya Mampu Belikan Plastik Sebagai Mainan. Ayah Ini Bersyukur Anak Tetap Gembira

Sudah semestinya setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Cakaplah apa sahaja, pasti ibu bapa ingin memenuhi permintaan anak-anak dengan sedaya upaya walaupun dalam keadaan tidak berkemampuan.

Disebabkan itulah, ada sesetengah ibu bapa sanggup bekerja lebih masa, ada yang terpaksa tinggal jauh dari keluarga, bekerja offshaw umpamanya demi untuk meningkatkan tahap ekonomi keluarga untuk kehidupan yang lebih baik.

Menggalas tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga sudah pasti bukanlah sesuatu yang mudah dalam kehidupan berkeluarga. Seronok itu memang seronok bila ada isteri dan anak, tapi beban yang ditanggung cukup berat. Namun walau seberat mana pun tanggungjawab itu, ianya perlu dilaksanakan demi untuk keluarga tersayang.

Antara perkara yang pada ibu bapa tak boleh lupa untuk sediakan ialah permainan untuk anak-anak yang masih kecil. Walaupun dalam keadaan kurang berkemampuan untuk membeli barang mainan yang berharga mahal, mereka tetap lakukan sesuatu untuk menggembirakan anak-anak kecil ini. Tujuannya hanyalah satu, untuk melihat kegembiraan anak-anak.

Begitulah yang telah dilakukan oleh seorang bapa ini yang bertindak membeli plastik untuk anak-anaknya. Bagaimana plastik boleh dibuat mainan? Ianya kedengaran agak janggal oleh sesetengah daripada kita, namun itulah hakikat tetap ada kanak-kanak yang gembira hanya bermain plastik sebagai alat permainan mereka.

Melalui satu video yang telah dikongsikan di laman Tiktok, pemilik akaun berkenaan @ainuntazrie, dalam dilihat seorang lelaki berkongsi hasratnya untuk membeli alat permainan untuk anak-anaknya dirumah.

Tetapi, mungkin kerana belum berkemampuan seperti ibu bapa yang lain, dia akhirnya masuk ke sebuah kedai dan pergi ke bahagian jualan pelbagai jenis plastik untuk dibeli sebagai hadiah mainan anak.

Menurut lelaki itu, dia membeli plastik sebagai ganti kepada alat permainan anak-anaknya dengan harapan agak anak-anaknya itu akan gembira dengan permainan baru mereka.

Apa yang membuatkan kita semakin sebak apabila melihat kedua-dua anak yang menerima hadiah plastik itu dilihat cukup gembira setelah mendapat hadiah permainan baru itu. Mereka seronok bermain plastik bersama-sama.

Sehingga kini, video tersebut telah tular dan mendapat tontonan lebih 40,000 dan menerima 4000 tanda suka dari warga Tiktok. Video berkenaan juga dihujani pelbagai komen dari warga Tiktok.

Rata-rata netizen sangat tersentuh melihat video tersebut, ramai juga yang telah memuji akan anak-anak lelaki ini menyatakan walaupun si bapa hanya membelikan plastik untuk dibuat permainan, namun anak-anak ini langsung tidak kisah dan gembira bermain dengannya. Anak-anak ini pun tidak mengamuk atau memberontak kerana tidak dibeli mainan sebenar malah gembira dengan mainan baru tersebut. Dalam masa yang netizen turut mendoakan agar bapa itu sentiasa dimurahkan rezek, sihat sentiasa untuk mencari rezeki buat keluarganya.

Buat para pembaca artikel ini, sama-samalah kita doakan untuk keluarga ini agar hidup mereka dimurahkan rezeki melimpah ruah agar tetap boleh hidup dengan gembira walaupun serba kesederhanaan. Kita juga harus bersyukur, sekiranya diberikan kesenangan dan mudah untuk membeli alat mainan buat anak-anak kita, kerana perkongsian mengingatkan kita bahawa, masih ada dalam kalangan mereka yang tidak mampu walaupun membeli mainan untuk anak-anak.

Namun begitu, melihat kepada anak-anak lelaki ini yang tidak kisah dengan hadiah plastik itu, ianya juga satu rezeki kerana anak-anak mereka ini seolah-olah faham kesukaran bapanya dan boleh membuatkan si bapa turut gembira. Pesanan kepada penulis sendiri dan anda semua, sama-samalah kita bersyukur atas setiap kurniaanNya.

Sumber: ohinfokini

Continue Reading

Keluarga

“Pasang Aircond Di Rumah Dulu Baru Kami Balik Kampung Bermalam” – Anak Beritahu Bapa

Published

on

By

“Pasang Aircond Di Rumah Dulu Baru Kami Balik Kampung Bermalam” – Anak Beritahu Bapa

“Pasang Aircond Di Rumah Dulu Baru Kami Balik Kampung Bermalam” – Anak Beritahu Bapa. Ceritanya seperti seakan-akan sama dengan cerita yang tular semalam. Namun, benar atau tidak hanya empunya cerita sahaja yang tahu. Mungkin kebetulan atau mungkin kisah lama yang kelihatan sama.

Hajat si bapa melihat anak, menantu dan cucunya pulang bercuti di kampung sedikit terbantut apabila si anak meletakkan syarat yang tidak masuk akal.

Bagaikan tidak pernah hidup susah, selamba si anak meminta bapanya memasang pendingin hawa sekiranya mahu mereka pulang atau jika tidak, mereka sekeluarga menginap di hotel berdekatan.

KISAH petang tadi. Dapat call dari seorang customer, cakap nak pasang aircond paling murah dan urgent. Katanya, anak, menantu dan cucunya nak balik ke kampung sempena cuti sekolah.

Tapi si anak bagi syarat kena pasang aircond dalam bilik dahulu, baru diorang bermalam dekat rumah. Kalau tak, si anak nak bermalam dekat hotel.

Jadi aku pergi ke alamat rumah yang pakcik ini berikan. Sampai di rumah pakcik itu, bagi bagi senarai harga beberapa jenama aircond.

Pakcik ini tiba-tiba senyap. Termenung panjang nak kena pasang aircond semata-mata nak memenuhi kehendak anaknya. Dengan berat hati, pakcik itu beritahu yang dia tak cukup duit.

Bila tengok air muka pakcik ini, aku tak sampai hati nak ambil duit dia. Jadi aku hanya caj untuk harga aircond sahaja.

Dalam perjalanan pulang, aku pula yang termenung. Tiba-tiba teringat pada arwah ayah.

Wahai si anak, mak dan ayah yang sedang menghitung usia itu bukan harapkan apa-apa pun dari kamu. Cukuplah dapat tengok anak cucu depan mata untuk melepaskan rindu.

Nanti bila ayah kau dah tak ada dalam dunia ini, kau akan menyesal tak sudah.

Ingatlah, dalam hidup ini kita semua patut bagi dan dapat peluang kedua. Tetapi menangis air mata darah sekalipun, mak ayah takkan ada kelahiran semula.

Sumber: Mohd Azhakim via sajagempak

Continue Reading

Keluarga

Pelik berjaya turun berat badan tapi perut buncit, tahu-tahu hamil 5 bulan! Pasangan bakal timang bayi selepas 9 tahun kahwin

Published

on

By

Pelik berjaya turun berat badan tapi perut buncit, tahu-tahu hamil 5 bulan! Pasangan bakal timang bayi selepas 9 tahun kahwin

PENANTIAN hampir sedekad bukan tempoh singkat untuk pasangan suami isteri yang mengimpikan menimang cahaya mata sulung.

Sepanjang tempoh itu, rumah tentunya sunyi tanpa riuh-rendah suara anak-anak.

Namun bagi pasangan ini, fasa tersebut dilalui dengan reda sehinggalah usia perkahwinan mereka memasuki tahun kesembilan.

Berkongsi cerita kepada mStar, Julizah Jaafar berkata, dia dan suami mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2014, sembilan tahun lalu.

Wanita berusia 34 tahun itu tetap bersyukur dengan kehidupannya meskipun tidak dikurniakan cahaya mata kerana dikurniakan rezeki lain.

“Bertahun-tahun kami cuba pelbagai cara (untuk hamil), memang berharap tapi belum ada rezeki. Sampai la ke tahun keenam perkahwinan, saya move on.

“Walaupun ketika itu belum ada rezeki anak, Allah beri rezeki lain seperti ada rumah sendiri. Ada tempat berteduh, hanya menantikan orang baharu (anak),” katanya kepada mStar.

Julizah berjaya menurunkan berat dari 70kg (kiri) kepada 60kg (kanan).

Bukan berputus asa, Julizah yang berasal dari Telok Mas, Melaka menjelaskan bahawa dia dan suami pada waktu itu tidak mahu terus berharap dan mahu menjalani kehidupan seperti biasa.

Menurutnya, antara yang dilakukannya adalah misi mengurangkan berat badannya yang sebelum ini berisi iaitu 70 kilogram (kg) kepada 60kg.

“Badan saya sebelum ini berisi, jadi saya cut pengambilan gula dan berjaya turunkan kepada 60kg selepas setahun. Nampaklah badan semakin mengecil.

“Tapi bulan lepas, perut saya kembung macam buncit. Pelik juga sebab tak gemvk, tapi perut ke depan sampai kawan-kawan tegur,” katanya.

Tanda kehamilan yang menjadi berita gembira buat pasangan ini.

Susulan itu, pekerja di sebuah kedai serbaneka ini kemudian ‘kembali’ melakukan ujian kehamilan meskipun tidak mengalami sebarang simptom hamil.

“Kakak minta saya buat ujian (kehamilan), dia kata tak ada rezeki tak apa, yang penting cuba. Apabila saya positif (hamil), perasaan saya seb4k dan gembira sebab sembilan tahun tanpa zvriat sampai tak mengharap.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Esoknya datang periksa di klinik, doktor beritahu usia kandungan dah 22 minggu (lima bulan). Saya memang terkejut, tahu-tahu mengandung, Alhamdulillah,” katanya dengan nada teruja.

Julizah yang dijangka bersalin pada pertengahan Jun depan berkata, hadiah ulang tahun perkahwinannya kali ini amat bermakna kerana dianugerahkan zvriat.

Julizah dan suami mendirikan rumah tangga sejak 2014.

Merasai kegembiraan berganda, wanita ini turut berkongsi nasihat kepada pasangan yang sedang berusaha untuk mendapatkan zvriat atau ‘trying to conceive’ (TTC).

“Kena banyak bersabar, jangan stres dan jangan terlalu fikir. Orang luar boleh beri pelbagai pendapat, tapi kita sendiri kena mengikut apa yang mampu.

“Selagi ada rahim, selagi itu kita mampu untuk mendapatkan cahaya mata. InsyaAllah, suatu hari nanti kita rasa momen itu… seperti yang saya alami sekarang,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my via keramatviral

Continue Reading

Trending