Connect with us

Uncategorized

“ramai tak suka tapi betulnya pengantin insan OKU” – sedih video diejek hanya kerana lambat sarung cincin,rupanya ini cerita benar disebalik tirai

Published

on

Vide0 pengantin baru maIu-maIu kucing untuk bersentuhan buat kali pertama seteIah diijab kabul sering kali viral di media s0sial. Segelintirnya dianggap cringe 0leh netizen kerana para mempeIai se0lah acah-acah segan walhal perbuatan sebegitu akan meIambat-lambatkan majlis. Tidak ketinggaIan, sepasang suami isteri bernama Aidil dan Maisarah turut berdepan isu sama.

Alahai pengantin ni maIu-malu pulak

Beberapa hari lalu, vide0 mereka di sesi sarung cincin telah menjadi perhatian ramai. Dek kerana tind4kan si suami yang terIampau gemuruh dan Iambat menggapai jari isterinya sehingga terpksa dibantu orang lain, ramai menyifatkan mereka mengada-ngada disusuli 1001 ejekan lain.

Pengantin perempuan baru habis nangis

Namun di sebalik vide0 itu, rupanya tersimpan banyak haI lain yang tidak ketahui netizen. Jelas empunya vide0, Aidil jarang berkawan dengan perempuan dan sebab itulah dia sepertinya kek0k untuk menyentuh tangan si isteri. Berkaitan wajah Maisarah yang nampak tidak suka, sebenarnya dia baru habis men4ngis sejak sebelum sarung cincin lagi.

Perempuan tu OKU…Rasa se.dih bila ramai kec4m mereka berdua

Lebih menge.jutkan, 0rang terdekat mengesahkan kedua-dua pengantin ini sebenarnya berstatus ‘insan istimewa’. Sebab itulah reaksi yang ditunjukkan mereka menerusi dua rakaman itu tidak seperti raja sehari lain.

Kredit : Twitter mashitahmashitah1 & Nabil Fikran10 / pnews.space

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Tak malu bawa Grab, pendapatan cecah RM500 sehari. “Nak malu apa, asalkan saya cari rezeki halal dan tidak menipu orang”- Danny X-Factor

Published

on

By

Tak malu bawa Grab, pendapatan cecah RM500 sehari. “Nak malu apa, asalkan saya cari rezeki halal dan tidak menipu orang”- Danny X-Factor

PUTRAJAYA: Penyanyi dan pelakon, Danny X-Factor, 42, tidak malu berkongsi lebih suka memandu Grab kerana menerima pendapatan lebih lumayan.

Danny atau nama sebenarnya, Mohd Kardanie Anwa, 42, berkata dia sudah lima tahun menjadi pemandu Grab dan itulah pekerjaan yang menjadi penyelamat sepanjang era pandemik COVID-19.

“Saya buat semua kerja, saya memandu Grab, jual burger, minyak masak dan banyak lagi. Nak malu apa, asalkan saya cari rezeki halal dan tidak menipu orang.

“Sebenarnya, saya bekerja pemandu Grab sejak 2017. Inilah kerja yang menyelamatkan saya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu. “Ketika PKP, isteri yang bekerja sebagai pramugari tidak ‘terbang’, jadi gaji pun tiada.

“Di situlah, kerja sebagai pemandu Grab banyak membantu saya. Kalau diikutkan, pendapatan pemandu Grab lebih lumayan daripada kerjaya seni.

“Pendapatan saya boleh cecah antara RM400 sehingga RM500 setiap hari,” katanya kepada BH Online. Tambah Danny, dia selesa dan seronok memandu Grab kerana merasakan pekerjaan itu lebih menyenangkan hati.

“Bila memandu Grab, saya bertenang dan dapat berjumpa rakan, berborak dan sebagainya. Saya memandu Grab selepas melihat rakan sekeliling buat pekerjaan sama dan akhirnya rasa seronok.

“Bayangkan, ketika penggambaran pun saya nak habis cepat sebab saya mahu memandu Grab. Namun, saya berehat sekejap daripada memandu Grab kerana sibuk dengan lakonan dan kerja lain dalam industri seni. Alhamdulillah,” katanya.

Kata Danny, dia lebih aktif kerja di balik tabir sebagai pembantu penerbit dan akan tampil dengan filem baharu berjudul Janna Endoro, tahun depan. Danny pernah mencipta kemasyhuran bersama kumpulan X-Factor yang dianggotai oleh Fendi, Zack, Shah dan Ivarn.

Selain drama Sehangat Api, 7251364 dan Tak Sanggup, Danny turut membintangi filem Seri Dewi Malam, Idola, No Problem, KL Menjerit 1 dan banyak lagi.

Sumber: beritaharian via celevillage

Continue Reading

Uncategorized

Seorang isteri dan ibu, Inilah Wanita Luar Biasa Di Puncak Bangunan KLCC!

Published

on

By

Inilah Wanita Luar Biasa Di Puncak Bangunan KLCC!

Ketika orang lain mengeluh tidak mempunyai kerja atau tentang pelbagai masalah dalam pekerjaan, seorang wanita ini tekad melaksana tugas walau berada di puncak pencakar langit, KLCC.

Semalam sebuah video tular memaparkan seorang wanita sedang melakukan kerja di atas bangunan Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Video tersebut dikongsikan oleh Facebook KL Foodie yang diambil daripada laman Instagram seorang jurugambar, Siva Kumar.

Video tersebut membuat ramai teruja, kagum dan memuji wanita itu. Tidak kurang juga yang tertanya-tanya siapa kelibat wanita besi yang tak gerun berada di bangunan berketinggian 452 meter itu.

Menurut jurugambar tersebut wanita itu sedang mengganti sistem lampu klasik yang berada di bahagian puncak bangunan tersebut kepada sistem pintar LED (. Menurutnya lagi, sebelum ini mereka menggunakan kepingan plastic berwarna untuk menukar warna lampu di bangunan ikonik itu.

Namun, dengan penukaran kepada sistem pintar, dalam masa 3 minggu lagi sistem lampu KLCC akan dikawal sepenuhnya sistem lampu teknologi terkini, RGB (Red, Green Blue) LED.

Normalia Sidek, Wanita Besi
Pasti ramai yang hendak tahu siapa kelibat wanita tegar in ikan? Normalia Sidek, 30, dari Nilai, Negeri Sembilan, seorang isteri, seorang ibu. Inilah orangnya yang kelihatan tanpa g4yat tetap tenang melalukan kerjanya dengan cekap dan lancar, tidak teragak-agak.

Bukan calang-calang orangnya! Seorang juruteknik akses tali (rope access). Sebuah kerjaya yang biasanya didominasi kaum lelaki namun bermodal minat mendalam, Normalia atau Maya memilih berada di bidang ini. Malahan, beliau mendapat jodoh di dalam bidang yang sama.

Biarpun segelintir orang mungkin menganggap wanita ini melakukan ‘kerja g1la’ kerana mempertaruhkan nyawa ‘tergantung’ di atas bangunan pencakar langit, namun beliau berasa terpanggil untuk mendedahkan realiti sebenar kerjayanya sekaligus memberi inspirasi kepada orang ramai khususnya kaum hawa.

Awalnya Minat Sukan Lasak ‘Rock Climbing’
Bercerita kepada Mstar pada tahun lepas bagaimana dia mula terjebak dalam kerjaya tersebut, Normalia atau senang disapa sebagai Maya berkata segala-galanya bertitik tolak daripada hobinya yang menggemari sukan lasak ‘rock climbing’.

“Ia memang sukan kegemaran saya. Jadi bila dapat tahu ada bidang kerja yang memanjat dan guna tali, saya terfikir nak mencuba. Saya berusaha ke arah itu dan menjalani training selama 6 bulan.

“Kali pertama dapat job selepas training, saya ditugaskan untuk satu tugasan maintenance di bangunan 30 tingkat. Saya masih ingat, saya menangis teresak-esak. Macam-macam perkara saya fikir masa ‘terg4ntung’ terutama ibu bapa.

“Terfikir juga ‘kenapalah aku pilih kerja ni?’. Namun mujur supervis0r pandai handle em0si saya dan berjaya juga laksanakan tugas tu.

“Kali kedua dan seterusnya, saya dah okay. Perasaan gayat tu tetap ada namun lama kelamaan hilang sebab akhirnya kita akan fikir, inilah kerja untuk cari makan,” ujar wanita ini.

Kini (2021) Maya sudah 4 tahun berkecimpung dalam bidang berkenaan sebagai seorang juruteknik akses tali bebas (freelance).

Juruteknik Akses Tali Luas Cabang Pekerjaan
Bercerita lebih lanjut mengenai kerjayanya, Maya berkata juruteknik akses tali tidak sekadar membersihkan tingkap bangunan pencakar langit semata-mata.

“Selalu orang ingat kerja tergan.tung pakai tali ni cuci tingkap je. Tapi sebenarnya tugas juruteknik akses tali ni luas… banyak cabangnya.

“Saya sendiri meneroka cabang-cabang baru dan ambil certificate pelbagai bidang dalam lapangan ini sebab terfikir, sampai bila nak cuci bangunan.

“Contohnya, baru-baru ini saya terlibat dengan tugas inspection di offshore. Ia antara satu kepuasan dalam bidang ini,” kata wanita yang berasal dari Nilai, Negeri Sembilan ini.

Pernah Sorok Pekerjaan Dari Ibu Bapa Sebelum Kantoi Di TV
Bercerita mengenai penerimaan ibu bapa, Maya mended4hkan dia menyorokkan kerjanya daripada pengetahuan keluarga pada awalnya, namun rahsia tersebut pecah selepas mereka menonton sebuah rancangan di televisyen.

“Kantoi bila mereka nampak muka saya dalam Majalah 3. Akhirnya saya mengaku saja. Alhamdulillah, ayah sangat menyokong… mak saya restu tapi biasalah, mak-mak mesti risau lebih.

“Saya bukan apa, segan nak beritahu takut mereka bangkang. Tapi akhirnya saya sedar, setiap langkah kita memerlukan d0a dan restu ibu bapa. Ada hikmahnya juga kantoi,” kata anak ke-5 daripada 6 adik beradik ini sambil ketawa.

Perasaan gayat tu tetap ada namun lama kelamaan hilang sebab akhirnya kita akan fikir, inilah kerja untuk cari makan.

Setakat ini, Maya mampu berbangga dengan pencapaiannya yang sudah berjaya menakluk puncak (pinnacle) bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas.

“Ia antara bucket-list yang sudah berjaya dicapai. Seterusnya, saya punyai impian nak takluk Burj Khalifa di Dubai pula,” katanya.

Suami Dalam Bidang Sama
Siapa sangka, wanita ini bertemu jodoh dengan jejaka yang juga berkecimpung dalam bidang yang sama.

Kredit : Linkedin Normalia
“Tak sangka langsung bakal suami pun dalam bidang ni. Tapi saya bersyukur sangat kerana dia sangat memahami kerana berada dalam bidang sama. Tak semua orang boleh faham dan terima wanita kerja macam ni kan,” ujarnya yang telah bernikah dengan jejaka pilihan hati pada 21 Oktober 2021.

Banyak berkongsi gambar dan suasa bekerja di laman Instagramnya, Maya memaklumkan ramai yang bertanya tentang pekerjaan tersebut.

“Ramai yang tanya macam-macam selepas saya share. Alhamdulillah, secara tak langsung mereka tertarik nak tahu lebih lanjut.

“Apapun bagi mereka di luar sana, kalau teringin lakukan sesuatu, jangan teragak-agak lakukannya.

“Jangan rendah diri kalau bidang kerja didominasi lelaki. Pendek kata, tiada apa yang mustahil. Semuanya terletak pada diri sendiri,” katanya lagi.

Hebat, sangat menginspirasi!

Lihat Video Wanita Di Sini : Iron Lady On Top Of KLCC!
Reaksi Warganet

Sumber : Facebook KL Foodie/ Instagram SK/ mstar

Continue Reading

Uncategorized

Tiga Ber4nak DitinggaIkan Terk0ntang K4nting, Bek4s Suami PuIang Ke Negara Asal

Published

on

By

Tiga Ber4nak DitinggaIkan Terk0ntang K4nting, Bek4s Suami PuIang Ke Negara Asal

Seorang wanita hanya mampu men4ngisi nasibnya bersama dua anak kecil apabila dicer4ikan suami warga Pakistan yang pvlang ke negara asal.

Ibu tunggal, Hanum Ramli yang berusia 40 t4hun, berkata dia baru saja dicer4ikan suami dua bulan lalu dan ditinggaIkan di bilik sewa di rumah kedai di Nilai bersama dua anak, Muhammad Hassan Muhammad Hussain, 1, dan Muhammad Harith, 6.

Katanya, dia t1ada kemahiran dan kalau mahu bekerja pun anak-anak masih kecil memerlvkan yang penjagaan sepenuhnya.

“Saya dulu pernah tinggal di Johor dengan menvmpang di tanah kerajaan tetapi sekarang hanya emak bersama adik-beradik lain tinggal di situ dan saya t1dak mahu menyvsahkan mereka.

“Saya ada dua lagi anak lelaki berusia 14 dan 16 tahun dari perkahwinan pertama tinggal di asrama anak yatim di P0ntian, Johor.

“Kami tiga beranak ditinggaIkan di bilik sewa tnpa kemudahan asas dan yang mervmitkan keadaan ialah bercampvr dengan warga as1ng yang lain serta berk0ngsi bilik air sama.

“Saya t1dak bekerja dan hanya bergantvng kepada svmbangan Baitulmal sebanyak RM250 sebulan sedangkan bilik sewa ini pun sudah RM300 sebulan, belum termasuk perbelanjaan lain.

“Bekas suami tak tolong langsung dari segi perbelanjaan harian dan dalam masa yang sama kesihatan saya sering terganggv kerana anak bongsu ini dilahirkan secara pembed4han,” katanya yang berasal dari Johor Bahru.

“Tahun ini saya t1dak lagi bertemu dengan dua anak saya yang meningkat remaja itu dan mereka pun t1dak tahu keadaan saya tetapi saya hanya berjanji akan mengambil mereka jika ada kediaman yang selesa nanti,” katanya.

Hanum berkata, dia t1ada tempat bergantvng dan kalau ada masaIah dia hanya mengadv kepada Pertubuhan Bvkan Kerajaan (NGO), Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9) yang sering membantunya.

“Malv juga tetapi saya t1ada pilihan kerana saya tiada sesiapa di sini dan lebih m4lang gagaI dalam perkahwinan namun kehidupan perlu diteruskan demi anak-anak yang masih kecil.

“Saya sedang mencari pekerjaan yang sesuai yang boleh dilakukan di rumah kerana perlu menjaga dua anak yang masih kecil malah saya juga mengalami sak1t pinggang selepas pembed4han anak bongsu,” katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, Pengerusi PERKASIH N9, Norfadilah Mansor berkata, pihaknya cuba membantu Hamun mendapatkan lain-lain bantuan terutama bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Pihak kami juga sedang menguruskan sebuah kediaman yang lebih selesa di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang kadar sewanya lebih murah lagi RM150 sebulan,” katanya ketika dihubungi tadi.

PERHATIAN: Pihak Sembang Dunia tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Sembang Dunia Ya. Terima Kasih

Sumber: hmetro

 

Continue Reading

Trending