Connect with us

Isu Semasa

Rasa lebih muda bila nikahi wanita muda, DDNK akui kini makin rajin ke masjid

Published

on

Cerita rumah tangga Pakar Pelaburan Saham, Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan (DDNK), 48, yang berkahwin dengan isteri, Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari, 26, pada September tahun lalu pernah menjadi topik utama di media sosial.

Mana tidaknya, isteri yang baru sahaja berusia pertengahan 20-an telah dikecam hebat netizen apabila dikatakan berkahwin atas sebab harta dan menjadi perampas kerana DDNK baru sahaja berpisah dengan isteri pertama.

Namun, mereka berdua telah tampil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tidak berasas itu.

Kahwin dengan orang muda terasa diri muda juga
Disebabkan kemelut rumah tangga selebriti, Puteri Sarah Liyana dengan Syamsul Yusof hangat diperkatakan, nama DDNK telah terpalit sama dan ada pihak tampil memetik isu lama kembali.

Susulan daripada itu, menerusi laporan dari Harian Metro, pakar saham itu memaklumkan yang banyak perkara positif berlaku selepas dia melalui perkahwinan kali kedua ini.

“Bila saya kahwin dengan yang lebih muda ini saya pun berasa lebih muda. Kalau dulu saya jarang pergi masjid, sekarang saya sudah selalu, kalau dulu jarang pergi kuliah agama sekarang sudah kerap.”

“Bukan saya mahu salahkan isteri pertama, cuma perjalanan hidup saya seperti itu. Saya belajar daripada perceraian yang berlaku.

Cerita hidup dengan dua orang wanita berbeza
Ujarnya, walaupun isteri keduanya muda, dia sangat membantu dalam menghampiri matlamat iaitu berjaya dunia dan akhirat.

Dia juga menceritakan tentang kehidupannya dengan isteri baru dan juga bekas isterinya. Menurut DDNK, kedua-duanya mempunyai kebaikan tersendiri.

“”Saya rasa refleksi dan peluang kedua saya dalam kehidupan. Walaupun isteri kedua saya ini muda, tapi dia membantu saya menghampiri matlamat hidup iaitu berjaya di dunia dan akhirat. Alhamdulillah, hidup saya lebih tenang dan tidak banyak pening kepala dari segi kerja.

“Pengalaman hidup dengan isteri pertama dan kedua, masing-masing ada kelebihan. Untuk isteri kedua yang lebih muda ini dia lebih manja, lebih fleksibel, dengar cakap dan tak banyak kerenah. Mungkin rasa hormatnya ada di situ. Tapi, dia juga lebih nakal, kuat cemburu dan kuat merajuk.

“Kalau isteri yang dulu lebih berusia, dia lebih matang, terbuka, bersikap keibuan dan faham kehidupan. Tapi, itu adalah pilihan kita. Keduanya hebat dan perlu tahu apa matlamat hidup. Kita perlukan isteri yang boleh sokong matlamat kita,” katanya.

Tak setuju isteri kedua digelar ‘penyondol’
Jadi, dia sangat tidak bersetuju apabila isteri kedua digelar sebagai ‘penyondol’ kepada isteri kedua, ketiga atau keempat hanya kerana isu Syamsul Yusof bernikah lagi dengan wanita dikenali sebagai Ira Kaza.

“Saya tak bersetuju ‘penyondol’ dalam istilah isteri kedua. Bagi saya ia tidak boleh berlaku sebelah tangan. Tidak boleh rempuh atau santau untuk terus berkahwin. Ia mesti bertepuk dua belah tangan.

“Bila sebut berkenaan cinta dan sayang, ia adalah perkara yang kita tiada daya untuk menahan. Bila sudah sayang, kita tidak boleh menipu perasaan. Bila kita kata sayang, maksudnya kita memang sayang. Bagi saya, tidak boleh seorang saja yang sayang untuk terus kahwin.

“Jadi, sondol menyondol ini tidak betul. Kalau daripada konteks saudara Syamsul (Syamsul Yusof) atau sesiapa saja, apa yang penting adalah kalau boleh berbahagia dengan yang pertama atau kedua (isteri) itu yang terbaik.

“Saya tiada pengalaman sebegitu, isteri saya yang kedua memang sangat baik,” katanya.

Jodoh tu kuasa Allah
Tambahnya lagi, dia berpegang kepada kuasa Allah yang mengatakan jodoh itu sudah ditetapkan. Jadi, tiada istilah sondol-menyondol dalam setiap keadaan seperti itu. Walaupun ramai yang sukar menerima, tetapi itulah hakikatnya.

“Kita semua perlu faham ini adalah jodoh dan kuasa Allah. Mungkin orang tidak boleh terima tapi itulah hakikatnya. Saya tidak setuju dengan istilah sondol menyondol ini,” ujarnya.

Untuk rekod, DDNK telah bernikah dengan Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari pada September tahun lalu. Menurutnya, dia memilih wanita berusia 26 tahun itu kerana tertarik dengan sikap manjanya.

Sebelum ini, pakar saham tersebut pernah bernikah dengan wanita dikenali sebagai Watie dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini meningkat remaja.

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Isu Semasa

Asbab bela kucing buta,Lelaki dulu hidup susah kini mampu bina rumah dan kemudiannya berkahwin,itu rezeki Allah

Published

on

By

Meskipun ada sesetengah individu menggeIarkan diri sebagai ‘cat l0vers‘, tapi hakikatnya wujud eIemen pilih kasih apabila mereka hanya utamakan jenis yang c0mel dan berbulu Iebat sahaja. Jarang sekali kita melihat haiwan jaIanan dibela atau dirwat, waIhal kucing yang sering kali dianggap ‘jijik’ juga dambakan kasih sayang.

Walau miskin…tapi pemuda ikhlas k0ngsi rezeki & rawat kucing buta dengan penuh kasih sayang

Kisah se0rang pemuda dari Ind0nesia ini berjaya membuka mata ramai pihak, apabila sudi bela seek0r kucing oren buta dan cacat yang ditemui 2 tahun lepas. Walaupun ketika itu hidupnya susah, namun Supriadi ikhlas berk0ngsi rezeki dan kasih sayang dengan haiwan jalanan yang diberi nama Mboy tersebut. Selepas beberapa siri rwatan, ia yang dahulunya lemah sudah jadi Iebih berisi dan gebu sekarang.

Mboy pembawa rezeki tuannya…penangan kisah viraI, dapat naik taraf hidup & bina rumah sendiri

Bukan setakat beri ketenangan, bahkan kehadiran Mboy turut mengund4ng lebih banyak rezeki kepada leIaki berusia 32 tahun ini. Selepas kisah kucing istimewa ini dapat sambutan meIuas di platf0rm laman s0sial, kedua-duanya terus bergeIar influencer dan banyak twaran kerja masuk. Ia sekali gus mampu menaik taraf kehidupan Supriadi, termasukIah berpeIuang membina rumah sendiri.

Macam mana nak beritahu yang tuanmu sangat bahagia…kalau b0leh, nak sangat Mboy dapat lihat kali ini saja

Baru-baru ini, Supriadi akhirnya menamatkan zaman bujang apabila selamat diijab kabuIkan dengan wanita pilihan yang juga merupakan pencinta kucing sepertinya. Meskipun sudah beristeri, tetapi dia tetap tidak meIupakan kucing kesayangannya sekali gus dibawa ke atas pelamin juga. Walaupun agak mustahil, tetapi lelaki tersebut amat berharap Mboy dapat lihat dirinya sangat bahagia pada hari istimewa itu.

Kredit : IG & TikTok serulingsenja_ / kisahdunia

Continue Reading

Isu Semasa

Bekas isteri kata nafkah tak cukup? Pihak SM Faisal dedah bukti bayar yuran sekolah anak-anak

Published

on

By

Kecoh di media sosial semalam apabila bekas isteri kepada Datuk SM Faisal SM Nasimuddin iaitu Emilia Hanafi mendakwa wang nafkah RM6,000 sebulan diberikan ahli perniagaan itu tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan anak-anak.

Terbaru, pihak SM Faisal tampil menjelaskan secara terperinci menyatakan bahawa RM6,000 itu hanya untuk perbelanjaan tiga orang anak pasangan tersebut, tidak membabitkan soal yuran persekolahan seperti tuduhan segelintir netizen.

Akaun Instagram bernama Friends Of Faisal memuat naik beberapa resit bayaran yuran persekolahan bagi membuktikan bahawa SM Faisal tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.

Difahamkan, SM Faisal tidak culas dalam menanggung tiga orang anak lelakinya yang mendapat pendidikan di sebuah sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur termasuk menyelesaikan yuran di sekolah lama mereka.

“Sebaik sahaja media laporkan kenyataan Emilia Hanafi di Mahkamah Majistret tentang nafkah anak-anak berjumlah RM6,000 sebulan tidak mencukupi (sehingga dia terpaksa jual kerepek)…

“…ramai netizen yang melontarkan komen tidak berasas bahawa nafkah RM6,000 sebulan itu adalah termasuk yuran-yuran persekolahan anak-anak di Sekolah Antarabangsa Taylor’s.

“Faktanya RM2,000 sebulan untuk setiap anak (RM6,000 untuk ketiga-tiga anak) adalah untuk perbelanjaan mereka sahaja. Yuran-yuran persekolahan mereka di Sekolah Antarabangsa Taylor’s turut dibayar oleh ayah mereka.

“Sebelum mereka berpindah ke sekolah tersebut, yuran-yuran sekolah untuk Gardens International School turut dibayar oleh bapa mereka, walaupun pada ketika itu Emila tidak menghantar anak-anak ke sekolah,” tulis posting tersebut.

Semalam, Emilia yang hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur mendakwa dia terpaksa menjual kerepek, roti jala, pulut kuning, rendang daging serta pelbagai lagi makanan bagi menyara anak-anak yang berusia 10, 12 dan 17 tahun.

Untuk rekod, SM Faisal didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas bekas isterinya di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas di Brickfields pada 22 November 2015.

Sumber: Instagram Friends Of Faisal, BH Online (Faris Fuad)

Continue Reading

Isu Semasa

Warga Emas Terlantar Tak Boleh Jalan, Doktor Sanggup Naik Sampai Rumah Demi Beri Rawatan

Published

on

By

Sekumpulan doktor sukarelawan telah membuat lawatan ke rumah seorang warga emas yang terlantar akibat masalah kesihatan di salah satu PPR di Kuala Lumpur.

Dalam video dikongsikan MAPIM itu, kelihatan seorang doktor memeriksa seorang wanita warga emas yang terlantar di atas katil dipercayai menghadapi masalah pergerakan. Difahamkan, warga emas tersebut turut mempunyai masalah penglihatan dengan sebelah mata tidak dapat melihat sepenuhnya.

“Sebelah mata saya yang boleh digunakan. Saya tak mahu buat pembedahan. Biar saya guna sebelah mata saya yang mampu berfungsi dalam 30 peratus,” ujar wanita berkenaan.

Kumpulan doktor tersebut merupakan sukarelawan dalam program Klinik Bergerak anjuran Majlis Perundangan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Rawatan dari rumah ke rumah diberikan buat pesakit yang mempunyai masalah mobiliti seperti golongan warga emas dan kelainan upaya.

Sejak 2021, program Klinik Bergerak itu telah banyak membantu golongan memerlukan di sekitar Wilayah Persekutuan. Klinik yang beroperasi tiga hari seminggu itu akan menyasarkan kawasan perumahan dengan kepadatan penduduk yang tinggi di samping menghulurkan bantuan kepada kawasan terjejas banjir secara percuma.

Perkhidmatan secara percuma ini telah menyantuni lebih ratusan pesakit sejak dilancarkan. Klinik bergerak menggunakan bas dua tingkat itu juga akan hadir bagi memberi rawatan susulan kepada para pesakit yang pernah dirawat sebelumnya.

Menurut salah seorang pesakit, Hassan bin Abdul Karim, 60, beliau sangat berpuas hati dengan layanan dan khidmat yang diberikan oleh pegawai kesihatan serta sukarelawan MAPIM yang banyak membantu bagi melancarkan program Mobile Clinic MAIWP-MAPIM ini. Seorang lagi pesakit yang disantuni meluahkan rasa kesyukuran dan berharap agar usaha itu diteruskan.

“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Mobile Clinic MAIWP-MAPIM kerana sekali lagi datang bagi memberi rawatan di sini. Saya berharap agar Mobile Clinic MAIWP-MAPIM akan terus berkhidmat untuk orang ramai pada masa akan datang,” ujar Ramzi Yusuf, 40.

Menurut MAPIM, program ini akan diteruskan bagi memberikan khidmat kesihatan secara percuma buat mereka yang memerlukan. Malah, jika ada keluarga atau individu yang memerlukan rawatan, anda boleh menghubungi MAPIM di talian hotline 1300-888-038 atau WhatsApp 0128002016.

“MAPIM Malaysia dengan rendah hati menjemput sahabat budiman yang dermawan untuk sama menjayakan agenda peduli ummah 365 hari MAPIM Malaysia dengan misi bantuan dan jelajah khidmat untuk dalam negara. Sumbangan anda mengukir senyuman saudara yang memerlukan dan ringankan beban.

Sumber : siakapkeli

Continue Reading

Trending